Wednesday, March 3, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform




Sebanyak 6 pasukan beruniform SMK Juasseh telah mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kaki yang dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum sekolah. Nampaknya pernyertaan kali ini dimonopoli oleh pelajar perempuan . Disarankan agar pihak sekolah menjalankan satu program untuk memperkasakan pelajar lelaki sekolah ini. Mulanya ingat nak menyokong cadangan kesatuan sekerja kerana ramai wanita menerajui kementerian, namun hampa bukti didepan mata. Wajarlah wanita memegang sesuatu jawatan jika kriteria itu dipenuhi. Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Yatimah binti Jiram. Tahniah kepada kontinjen Kadet Polis yang berjaya menjadi johan serta komandennya telah dipilih sebagai komanden terbaik.

No comments:

Post a Comment