Friday, March 26, 2010

LDP Pengurusan Sukan dan Olahraga SMK Juasseh


Tunjukcara oleh En Azman Samit

Taklimat oleh En Mahathir Ahmad

Taklimat dari En Mohd Faizal Said

Wednesday, March 10, 2010

Pesta Nasyid SMK Juasseh

Penonton bersesak-sesak melihat pertandingan

Kelas Pendidikan Khas

Nasyid tak mengenal siapa -Hakim Artis Aca dan Atuk

Konsert Nasyid

Drama Nasyid

Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SMK Juasseh kerana berjaya mengadakan pesta dan pertandingann nasyid antara tingkatan pada tahun ini. Peserta menunjukkan persembahan yang amat baik dan bersemangat. Sekalung tahniah juga harus kita berikan kepada Kelas Pendidikan Khas kerna turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tahniah juga untuk Ketua Bidang Kemanusiaan , Hjh Jamilah Hj.Husin kerana komitmen yang tinggi dalam menganjurkan pertandingan ini.

Tuesday, March 9, 2010

Kejohanan Softball MSSD K.Pilah 2010

Sebanyak empat pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini di mana SMK Juasseh bertindak selaku tuan rumah. Sekolah yang terlibat ialah SK Pusat Juasseh dan SK Ampang Tinggi mewakili sekolah rendah sementara Sek. Sains Tunku Jafaar dan SMK Juasseh katergori sekolah menengah.

Monday, March 8, 2010

Mesyuarat Agong PIBG SMK Juasseh

Mesyuarat Agong PIBG SMK Juasseh telah diadakan pada 06/03/2010 di dewan Sri Juasseh bersamaa hari Sabtu yang lalu. Jemputan kehormat pada hari itu ialah YB Dato Hj Hassan bin Malek Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. Namun persamian ini telah dilakukan oleh Setiusaha Sulit beliau iaitu En.Mohd Zain bin Zainal.

Wednesday, March 3, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform




Sebanyak 6 pasukan beruniform SMK Juasseh telah mengambil bahagian dalam pertandingan kawad kaki yang dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum sekolah. Nampaknya pernyertaan kali ini dimonopoli oleh pelajar perempuan . Disarankan agar pihak sekolah menjalankan satu program untuk memperkasakan pelajar lelaki sekolah ini. Mulanya ingat nak menyokong cadangan kesatuan sekerja kerana ramai wanita menerajui kementerian, namun hampa bukti didepan mata. Wajarlah wanita memegang sesuatu jawatan jika kriteria itu dipenuhi. Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Pn. Yatimah binti Jiram. Tahniah kepada kontinjen Kadet Polis yang berjaya menjadi johan serta komandennya telah dipilih sebagai komanden terbaik.