Juasseh, 10 Februari 2010 seramai 6 orang anggota trafik cawangan Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk menjalankan kempen keselamatan jalanraya. Anggota trafik ini telah melakukan pemeriksaan mengejut keatas motorsikal yang dibawa oleh pelajar ke sekolah. Menurut Sarjan Maarof selaku ketua pasukan menyatakan bahawa pemeriksaan ini adalah bagi mengenalpasti beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh penunggang motorsikal seperti tiada nombor pendaftaran motor, tiada lampu belakang dan tidak memakai topi keledar. Menurut beliau lagi pelajar ini juga akan diberi nasihat agar sentiasa mematuhi arahan pihak polis. Turut serta dalam kempen ini ialah guru disiplin sekolah iaitu En.Zaharuddin Ahmad. Beliau berkata bahawa program ini akan terus dilakukan dari masa ke semasa atas kerjasama pihak PDRM dan sekolah. Pemantauan akan lebih kerap dilakukan kerana ada beberapa pelajar yang tidak memberikan kerjasama dengan menyorok didalam tandas. En Zaharuddin juga menyatakan bahawa ada pelajar yang meletakkan motorsikal di luar kawasan sekolah berhampiran dengan rumah rakyat bagi mengelakkan pemeriksaan polis ini. Kempen ini juga sebenarnya adalah juga salah satu program Kor Kadet Polis SMK Juasseh bagi tahun 2010. Menurut ASP(K) Abdullah yang juga penasihat Kor Kadet Polis kerjasama yang diberikan oleh pihak PDRM amat baik sekali. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan PDRM kerana dapat meluangkan masa menjalankan kempen ini.
No comments:
Post a Comment