Thursday, February 25, 2010

Ceramah Maulidurasul


Hari ini 24/02/2010 telah diadakan satu ceramah maulidurasul yang dikelolakan oleh Bidang Kemanusiaan dan Panitia Agama Islam. Penceramah hari ini ilah Ustaz Shahizan iaitu Penolong Pengarah , JAINS yang juga Pengawai Pengurusan Masjid Negeri Sembilan. Dalam ceramahnya beliau menekan bahawa sembahyang adalah merupakan tunggak kepada kejayaan dalam hidup. Berlatarbelakang pendidikan di universiti di Madinah beliau amat menekan tentang sembahyang lima waktu. Dalam ceramah yang diselangseli dengan lawak jenaka menarik perhatian pelajar SMK Juasseh. Dalam satu soalan kepada pelajar, siapa tahu nama datuk Rasullulah, siapa bapa saudara baginda, siapa nama isteri baginda dan tahukah kita nama nenek baginda?. Jawapannya adalah perkara yang tidak berkaitan dengan akidah janganlah kita fikirkan.

Thursday, February 18, 2010

Program Curahan Kasih PMR/SPM 2010



Seramai 103 orang penjaga telah hadir dalam satu program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling iaitu Program Curahan Kasih. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan restu keluarga dalam menghadapi pengajaran di sekolah. Penceramah dalam program ini ialah En baharin bin Sabar Ketua Unit Pelajaran dan Pencegahan Anti Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan dibantu oleh En Salim bin Putih Penolong Pengarah Unit PPAD JPNS. Program ini dijalankan dalam 3 fasa dimana fasa pertama adalah majlis bersama pelajar dengan penjaga masing-masing. Fasa ke 2 ialah pelajar dan penjaga telah diasingkan dimana pelajar di letakkan di Dewan Sri Juasseh sementara penjaga pula diletakkan di Dewan Abu Bakar(dewan peperiksaan). Program ini telah dilancar rasmi oleh Tuan Pengetua SMK Juasseh iaitu Puan Yatimah binti Jiram. Alhamdullilah pada tahun ini sambutan dari pihak penjaga amat memuaskan. Cuma masa program ini dijalankan terlalu lama hingga berlarutan ke pukul 7.00 malam. Namun tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya menjalankan program Curahan Kasih ini terutama kepada peneraju UBK iaitu Ustaz Norkamar dan Pn Norhayati.

Thursday, February 11, 2010

Tazkirah Jumaat


Tazkirah hari ini telah dibawa oleh Ustazah Saidatul Nisa yang bertajuk fadilat hari Jumaat. Pelajar diingatkan bahawa pada hari Jumaat lah dijadikan oleh ALLAH hari Qiamat. Apabila memperkatakan tentang hari ini maka teringat saya tentang hari Ahad 14/02/2010. Bukan Tahun Baru Cina yang hendak saya perkatakan tetapi pada hari inilah bersusun-susun anak murid kita orang Melayu akan menyambut hari valentine. Wahai anak-anakku sedarlah bahawa janganlah dijadikan AGAMA juga sebagai 1Malaysia. Sesungguhnya hari valentine ini adalah hari untuk memperingati kematian seorang paderi. Kenapa bila sampai hari Maulidurasul atau hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tidak pula kita turut serta mengambil bahagian baik dalam sambutan maupun setakat mendengar ceramah. Ayuh anak Melayu Islam kita buang jauh-jauh perkara mungkar ini.

Wednesday, February 10, 2010

Lawatan Penanda Aras ke PSS SMK KGV





Pada hari ini 10/02/2010 seramai enam orang guru SMK Juasseh diketuai oleh Tuan Pengetua sendiri telah melakukan lawatan penanda aras ke PSS SKM KGV yang telah dipilih sebagai sebagai PSS terbaik Kebangsaan. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pn Hjh Toharah Haron GPK 1 , En Azman Yusof Guru Perpustakaan , Pn Siti Hazar Abd.Razak Guru Nilam dan juga Pn Noorshahidah Yassin guru BBM.

Kempen Keselamatan Jalanraya









Juasseh, 10 Februari 2010 seramai 6 orang anggota trafik cawangan Kuala Pilah telah datang ke sekolah kami untuk menjalankan kempen keselamatan jalanraya. Anggota trafik ini telah melakukan pemeriksaan mengejut keatas motorsikal yang dibawa oleh pelajar ke sekolah. Menurut Sarjan Maarof selaku ketua pasukan menyatakan bahawa pemeriksaan ini adalah bagi mengenalpasti beberapa kesalahan yang kerap dilakukan oleh penunggang motorsikal seperti tiada nombor pendaftaran motor, tiada lampu belakang dan tidak memakai topi keledar. Menurut beliau lagi pelajar ini juga akan diberi nasihat agar sentiasa mematuhi arahan pihak polis. Turut serta dalam kempen ini ialah guru disiplin sekolah iaitu En.Zaharuddin Ahmad. Beliau berkata bahawa program ini akan terus dilakukan dari masa ke semasa atas kerjasama pihak PDRM dan sekolah. Pemantauan akan lebih kerap dilakukan kerana ada beberapa pelajar yang tidak memberikan kerjasama dengan menyorok didalam tandas. En Zaharuddin juga menyatakan bahawa ada pelajar yang meletakkan motorsikal di luar kawasan sekolah berhampiran dengan rumah rakyat bagi mengelakkan pemeriksaan polis ini. Kempen ini juga sebenarnya adalah juga salah satu program Kor Kadet Polis SMK Juasseh bagi tahun 2010. Menurut ASP(K) Abdullah yang juga penasihat Kor Kadet Polis kerjasama yang diberikan oleh pihak PDRM amat baik sekali. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan PDRM kerana dapat meluangkan masa menjalankan kempen ini.





Monday, February 8, 2010

Alam Misteri di Galeri Sejarah

Basikal terbang dan bayangan hitam ditepi pintu