Pihak sekolah merakam ucapan tahniah kepada En Mohd Faizal Said yang telah dilantik menjadi jawatan kuasa PEN ( Persatuan Penulis N.Sembilan bagi tahun 2010). Pihak sekolah berharap dengan perlantikan ini maka beliau lebih bersemangat lagi untuk memaju dan mempertahankan subjek sastera di sekolah pada masa akan datang. Rupa-rupanya selama ini terdapat sebutir berlian yang baik di Juasseh ini. Namun beliau terserlah akan semangat perjuangannya dalam memajukan sastera kerana suara beliaulah yang menyakin pihak pengurusan merealisasikan subjek sastera menjadi kenyataan. Namun segala perjuangan ada rintangannya, pihak sekolah akan sentiasa berdiri teguh di belakang beliau bagi memantapkan lagi pengajaran sastera supaya menjadi gah di persada dunia. Tahniah Cikgu Faizal , anak Kampung Lanjut Manis Terachi berketurunan Mandiling ini akan semarak namanya setanding dengan nama-nama besar sastera lain. Tiada kata seindah bahasa , tiada pujian seindah kejayaan, tiada harapan seindah pencapaian, tiada kenangan seindah pengalaman, sekalong tahniah untuk Saudara Mohd Faizal.
Tahniah kepada en Faizal Said aka Anak Mandiling atas pelantikan beliau sebagai JK PEN. Diharap agar segala ilmu dan pengetahuan yang dimiliki dapat dicurahkan dan dikongsikan bersama dengan guru2 SMK Juasseh dan anak2 didik di SMKJ.
ReplyDeleteSemoga suatu hari, kita mampu menongkah arus dalam memperjuangkan anak bangsa peribumi kita.