Friday, January 29, 2010

Barang Antik Galeri Sejarah


Periuk tembaga

Kukur kelapa duduk

Pengisar beras

Basikal zaman jepun
Parut kelapa tangan / gantang



Tajak sawah


Streika kayu arang

sterika pam minyak tanah

Makluman kepada semua pembaca yang berminat untuk menyedekahkan atau memberikan barangan lama kepada galeri sejarah bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi pihak kami di SMK Juasseh. Ianya bertujuan untuk menambah dan memurnikan lagi koleksi bahan pameran galeri. Maksud barangan lama adalah berupa barangan memasak, pinggan mangkuk, baju lama, alatan muzik,almari dan sebagainya.

Thursday, January 28, 2010

Wajah Baru Galeri Sejarah



Setelah hampir dua bulan maka hari ini menjelmalah wajah baru galeri sejarah SMK Juasseh. Terima kasih diucapkan kepada YB Dato'Seri Utama Tan Sri Dr.Rais Yatim ,Menteri Kebudayaan , Kesenian dan Komunikasi kerana jasa baiknya maka baik pulih bagunan galeri ini berjaya direalisasikan. Tahniah juga kepada warga sekolah yang berganding bahu menjayakan projek ini.

Pengurusan Sistem Fail SMK Juasseh





Tarikh: 28/02/2010
Masa : 2.30pm
Hari : Jumaat
Tempat: Bilik Gerakan

Semua warga sekolah telah menghadiri satu taklimat pengurusan fail oleh Tn.Hj.Mohd Yazid bin Buntal Timbalan PPD Kuala Pilah. Warga sekolah khusyuk dan sering bertanya soalan kepada beliau. Barulah kami faham bagaimana cara pergerakan surat dalam fail yang mengikut arahan dan prosedur yang betul. Tahniah kepada warga sekolah atas komitmen yang diberi.

Wednesday, January 27, 2010

Baris..Barissssssssss Sedia




Begitu lantang dan kuatnya suara anak-anak kita pelajar unit beruniform memberi command kepada pasukan masing-masing. Segak dan bergaya anak-anakku. Kalaulah disiplinnya seperti yang ditunjukkan dalam kawad ini saya jamin SMK Juasseh akan gemilang satu hari nanti. Tapi entahlah. Kalau anak-anak semua tak dapat mengembirakan kami disekolah ini, memadailah mengembirakan hati emak dan ayah anda dirumah

Friday, January 22, 2010

Takziah dari Warga SMK Juasseh


DYMM Paduka Sri al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj ibni al-Marhum Sultan Sir Ismail


Kami seluruh warga sekolah ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Marhum Sultan Johor sebentar tadi pada hari Jumaat (22/01/2010) petang .

Futsal




Wah nampaknya rakan-rakan berlarian mengejar bola di tengah padang. Kaki ringan sahaja hendak bermain tapi akan daya niat besar keupayaan tiada. Sakit kaki masih lagi terasa. Tiba-tiba ...debap!!! Azman Kelantan dikenali juga sebagai Nepal terjatuh. Rakan-rakan lain berlari ketengah padang. Lagi seorang mangsa padang futsal ...rupanya Ustaz Ahmad Fuad pandai mengurut. Saya, Abdullah (sekarang sedang honeymoon entah kali keberapa di Melaka) dan sekarang Man Kelantan pula.

Thursday, January 21, 2010

Program Mentor dan Proteje

Cikgu Azman dan protejenya
Cikgu Abdul Latif (Guru Cemerlang 48)

Abang Mohd Faizal yang macho dan tampan
Hjh. Norhashimah Hashim ( Ketua Bidang Sains)

Datin Rashidah Ismail bersama proteje dan senarai nama

Hari ini satu program Mentor dan Protoje(mentee) disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Pengetua SMK Juasseh, Pn Yatimah binti Jiram di dataran perhimpunan. Turut hadir semua penolong-penolong kanan, ketua bidang dan guru. Majlis ini adalah kelolaan Unit Kaunseling diterajui oleh Ustaz Norkamar dan Pn.Norhayati. Pelajar dikenalkan dan diserahkan kepada emak dan ayah masing-masing.

Tuesday, January 19, 2010

Tahniah Cikgu Mohd Faizal bin Said


Pihak sekolah merakam ucapan tahniah kepada En Mohd Faizal Said yang telah dilantik menjadi jawatan kuasa PEN ( Persatuan Penulis N.Sembilan bagi tahun 2010). Pihak sekolah berharap dengan perlantikan ini maka beliau lebih bersemangat lagi untuk memaju dan mempertahankan subjek sastera di sekolah pada masa akan datang. Rupa-rupanya selama ini terdapat sebutir berlian yang baik di Juasseh ini. Namun beliau terserlah akan semangat perjuangannya dalam memajukan sastera kerana suara beliaulah yang menyakin pihak pengurusan merealisasikan subjek sastera menjadi kenyataan. Namun segala perjuangan ada rintangannya, pihak sekolah akan sentiasa berdiri teguh di belakang beliau bagi memantapkan lagi pengajaran sastera supaya menjadi gah di persada dunia. Tahniah Cikgu Faizal , anak Kampung Lanjut Manis Terachi berketurunan Mandiling ini akan semarak namanya setanding dengan nama-nama besar sastera lain. Tiada kata seindah bahasa , tiada pujian seindah kejayaan, tiada harapan seindah pencapaian, tiada kenangan seindah pengalaman, sekalong tahniah untuk Saudara Mohd Faizal.

Pemantauan PSS kali1 2010



Pada 21/01/2010 PSS SMK Juasseh akan dikunjungi oleh Pegawai Teknologi Maklumat PKG Batu Kikir En. Dzulkafi bin Hj. Hashim bagi tujuan pemantauan. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Dzulkafi atas keperihatinan beliau dalam memajukan PSS bagi kawasan PKG Batu Kikir.

Monday, January 18, 2010

Mesyuarat GPM PKG Batu Kikir Kali 1

Tempat : PKG Batu Kikir
SK Serting Ilir, Bahau
Pengerusi: En Dzulkafi bin Hj.Hashim
Pegawai Teknologi Maklumat
Masa: 2.300
Tempat: Bilik Mawar