Sunday, May 30, 2010

Selamat Pengantin Baru Cikgu Hasnol Esham






Cikgu Hasnol merupakan salah seorang guru yang bertanggungjawab menjaga Pusat Akses dan Makmal Komputer SMK Juasseh. Pihak sekolah mengucapkan berbahagia selalu.

Wednesday, May 12, 2010

Program Kepimpinan Pelajar 2010



Taklimat untuk pemimpin pelajar SMKJuasseh bagi program masuk kampus 2010 yang akan dijalankan di UITM Kuala Pilah bermula 13 hingga 15 Mei 2010 ini. Seramai 80 pemimpin telah dipilih untuk menjalani dan mengikuti kurus bagi memantapkan ilmu kepimpinan yang akan disampaikan oleh penuntut UITM sendiri. Taklimat disampaikan oleh Ust Nor Kamar kaunselor sekolah serta En Mohd Faizal selaku Kem Komandan. Program ini diselaraskan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SMK Juasseh.

Thursday is english day




Ceramah oleh En Abdul Latif Guru Cemerlang 48
Pada setiap hari khamis SKMJ menjadinya sebagai hari berbahasa inggeris kepada setiap warganya. Dari peringkat pentadbiran , guru-guru , pelajar, kakitangan bukan akademik hinggalah ke makcik dan pakcik pembersihan menjadi kemestian berbahasa inggeris. Sambutan dan kerjasama dari warga sekolah amat memberangsangkan. Tahniah warga SMKJuasseh..

Wifi di kawasan sekolah


Alhamdulillah maka hari ini SMK Juasseh telah mendapat manafaat dari kemajuan teknologi maklumat dengan pelancaran penggunaan wifi di sekitar kawasan sekolah. Tuan Pengetua Pn Yatimah binti Jiram telah merasmi guna teknologi ini. Beliau telah melahirkan rasa terima kasih atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini. Disamping itu harapan beliau agar anak-anak didik sekolah ini tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ini.